Friday 26 July 2013

Nuzul Quran

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

alrite hari ni atau pon smlm la memandangkan sekarang dah pukul 12++ .. terasa jari nak menaip something yang agak important . iaitu hari NUZUL QURAN. biasanya setiap kali hari NUZUL QURAN dah mmg tau dah confirm dpt cuti free. dari sekolah tadika hinggala kesekolah menengah . tapi bila pertama kali menghadapi hari NUZUL QURAN masa dh masok poli nih , tetiba hati tergerak pulak nk tau apa sebenarnya hari NUZUL QURAN ni .Selalu baca je Quran . yang buat curious nye apa maksud NUZUL ni . seriously dari kecik smpai besar badak ni aku mmg xtau apa maksud nye NUZUL QURAN , kenapa kita perlu sambut hari ni setiap tahun . So , memandangkan aku dah ada kat rumah hari ni lepas siap assignment kita mulakan dengan search 'apa itu hari NUZUL QURAN'!!! hehe nk tanya mak takot kena marah dah besar2 xtau apa bnde NUZUL QURAN . entah2 adik aku lagi tau apa maksud NUZUL QURAN ni . 

Tetapi kini tidak lagi , aku pon dah tau apa maksud NUZUL QURAN!!!


Sebenarnya hari NUZUL QURAN ini disambut setiap tahun mengikut kalender masihi bagi memperingati hari di mana turunnya AL QURAN ataupon surah AL QURAN iaitu surah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu surah AL ALAQ  melalui perantaraan Malaikat Jibril pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi . Kemudian surah2 AL QURAN yang seterusnya diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW secara berperingkat peringkat .


N now , persoalan yang seterusnya .. kenapa kita perlu menyambut hari NUZUL QURAN ini setiap tahun ??

Jawapannya.... kerana AL QURAN adalah Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW . Oleh itu, kita sebagai manusia yang beragama Islam dan sebagai Umat Nabi Muhammad SAW , perlulah menghormati serta memperingati hari yang amat penting ini sebagai tanda kesyukuran kita sebagai hamba ALLAH SWT kerana telah menurunkan AL QURAN AL KARIM ini kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan untuk kita supaya tidak akan tersesat dari landasan ALLAH jika kita terus berpegang dengan KITAB ini .

Wallahualam , 

jika ada tersilap info mohon dibetulkan :)

No comments:

Post a Comment